Halaman

Isnin, 11 Mac 2013


Analisis Operasi Lahad Datu

Mungkin ramai yang tertanya – tanya kenapa hanya polis yang mengawal dan dan berperang dalam krisis di Lahad Datu.. kenapa tidak tentera? haa, ini ada jawapannya yang dikongsikan di laman sosial facebook..

Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Tidak Tentera?


1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan – Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?


Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu – golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA…komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi.-

Tangga Gaji Baru Polis Tentra Tahun 2013


Tangga Gaji Baru Polis Tentera Tahun 2013

Melalui laporan media massa, Perdana Menteri akan umumkan kenaikan atau pelarasan bagi gaji anggota keselamatan seperti polis dan tentera. Tahniah buat mereka yang berkhidmat sebagai anggota keselamatan jika benar apa yang dilaporkan oleh pihak media.

"Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan skim gaji baru dan kenaikan pangkat anggota dan pegawai polis serta tentera, hari ini. 

Berita gembira yang dinanti-nantikan pasukan keselamatan negara itu bakal diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. 
 Selain Perdana Menteri, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan hadir bagi meraikan penjawat awam itu. 

Sumber Persatuan Pegawai Kanan Polis memberitahu BH, pengumuman itu sememangnya wajar kerana sudah tiba masanya anggota dan pegawai polis menerima skim gaji dan kenaikan pangkat yang sama seperti jabatan lain. 



Harap dapat perhatian 

“Selain tangga gaji dan peluang kenaikan pangkat yang setimpal dengan tempoh perkhidmatan, kami berharap elaun sampingan sep erti elaun keraian, kenderaan dan logistik mendapat perhatian kerajaan kerana tugas kami bukan sekadar menyiasat kes, malah pelbagai tugasan yang boleh membahayakan nyawa,” katanya semalam. 


Untuk PDRM difahamkan, cadangan tangga gaji bagi :- 
  •  

    Konstabel (N17) ialah RM1,013 hingga maksimum RM2,613.61 bagi P1, manakala P2 (RM1,0851.56 – RM2,681.56), P3 (RM1,151.46 – RM2,751.46)
     


  •  

    Lans Koperal (N22) antara RM2,164.44 – RM3,321.99 bagi P1 dan P2 (RM2,325.10 - RM3,657.02).

  • Koperal (N26) pula antara RM2,482.33 – RM3,496.05 bagi P1 dan P2 (RM2,719.90 – RM3,815.70).
  • Sarjan N29 (lantikan) ialah antara RM1,710.39 hingga RM4,335.62. 


Penyelarasan gaji pegawai kanan PDRM pula dijangka Gred 41 bagi Inspektor, Asisten Superintendan (ASP) 44, Deputi Superintendan (DSP) 46; Superintendan 48 dan Asisten Komisioner (ACP) 52. 



Sumber itu berkata, pengiktirafan setimpal dengan tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan tepat pada masanya memandangkan ada agensi dan jabatan lain serta Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) terlebih dulu memperoleh manfaat daripada skim perkhidmatan awam."(SUMBER)







jue juga harap PM umumkan ganjaran khas untuk anggota yang dihantar bertugas di Lahad Datu. Mereka yang berada di sana sedang berjuang untuk tanah air, rasanya berbaloi sangat kalau PM bagi ganjaran untuk anggota keselamatan di Lahad Datu. 



Sama-sama kita tunggu kesahihan kenaikan gaji baru bagi polis dan tentera. 

Sabtu, 9 Mac 2013

Hanis Haizi in NONA..!


She's not just a Crown Diamond Manager, but she's a Celebrity CDM.
 
Buat Premium Beautiful business memang hanya nak bantu naikkan taraf keluarga & shopping tanpa kacau duit husband, tapi lama-kelamaan jadi famous pula.. :)
 
Bukan Hanis Haizi yang nak, tapi media yang sedar kewujudan Hanis.
 
Starting from Berita Harian..
Tapi ada bahagian yang kurang tepat dalam artikel ni..
 


Hanis Haizi in Nur magazine..

 
Hanis Haizi in Hijabista..
 
Recently..
 
Hanis Haizi in Nona..
Untuk isu Mac 2013..
2 orang jelitawan, Fauziah Latiff & Rita Rudaini.. saya memang suka tengok orang lawa.. tak berkelip mata.. eheheh..
 
 She's living in her dream & she's also helping others to make their dreams come true..



 
I'm proud to have her as my cousin & mentor..
 
 

 
Apa yang menarik disini, Hanis Haizi berkongsi macam mana perjalanan Premium Beautiful business dari awal.. Hanis Haizi kata, "memang kurang yakin dengan diri sendiri sama ada mampu melangkah lebih jauh. Bila difikirkan semua, kenapa mesti saya takut walhal saya belum mencubanya."
 
Yes, exactly, perasaan takut tu normal. Kalau tak takut, memang alien. :D
 
Cabaran & dugaan itu biasa bila nak berjaya.. Tak terkecuali dengan Hanis Haizi..
 
But look at her now..!
 
As you can see, Hanis Haizi is a Chanel lover. Memang teruja tengok koleksi Chanel yang ada..





Dress by Dato' Radzuan Radziwil..

Macam yang Saya pernah cakap sebelum ni, yes memang Saya suka tengok koleksi-koleksi Hanis Haizi..
 
Tapi saya sebenarnya lebih kagum dengan sikap yang selalu berikan yang terbaik.. Dan itu juga yang saya apply dalam kehidupan sehari-hari, bukan sekadar dalam business sahaja..



"Live your dream, nobody gonna make it happen unless you take charge of it"
- Hanis Haizi - 


Isnin, 11 Februari 2013

7 Ayat Cinta

7 ayat2 cinta.

1. Bismillahhirrah­mann irrahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara.

2. Alhamdulliah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu urusan.

3. Astagfirrullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk, sama ada secara lisan atau sirat.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquat­a illahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillall­ah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyak­nya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah serta malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan...

Jumaat, 8 Februari 2013

INSPIRED VEIL KAHWIN



   Stunning! First time tengok hati dah tertawan sebab plan nanti wedding taknak pakai tudung ada awning sebab nanti mukamacamtuadariusiasebenar (as said by my housemate sobs sobs T_T ).

   Ni memang really-really inspired hokkay! But times flew too fast, im not sure still boleh dapat ke tak macam ni uhhuk. Sory taktau acaner nak bagi credit untuk pic ye, sebab imma still a new blogger, do forgive me tsk tsk.

   Moga-moga Allah merahmati hubungan kami, di permudahkan segala urusan kami, di kurniakan kami kesihatan fizikal dan mental, serta di murahkan rezeki kami, Amin Ya Rabb.

   Oh ye,kami masih lagi agent sah berdaftar Premium Beautiful untuk Kelantan dan Sabah, so untuk yang berminat do contact us without hesitation :)

   JUE : 013-9660757 & 019-9003660

SUJUDKU HANYA PADAMU




Tika jiwa lelah dengan ujianNya, sujud lah padaNya, lepaskanlah air mata yang tersimpan, moga hati yang luluh mampu terubat kerana Allah itu Maha Berkuasa. Hanya Dia Maha Mengetahui. Amin Ya Rabb

Selasa, 5 Februari 2013

KERETA OH KERETA

Assalamualaikum...


   Hmm penat tak habis lagi. Petang tadi baru jelaskan monthly payment kete kita. Wahh macam dah tua gitu sebab hari ni last due untuk bayar bulan ni tsk tsk. Tapi Alhamdulillah la still not overdue kalau x naye je membayar lebih nanti ye dop?
   
   Cite pasal kete, wah hati masih lagi sakit bila ingat peristiwa malang tu. Memang orang kata tak dek sape akan mengaku kesalahan sendiri, tapi as for me, kalau dah salah tu mengaku jela kan. Geram, geram sesangat lah, nasib baik pergi Segama tu dengan kawan, kalau tak lagi haru. Dah la notice board tu hidup segan mati tak mahu, ni nak harapkan orang yang baru sampai sana perasan, apahal? Mula-mula parking kat situ, datang pakcik tua ni bagitau "nanti jam 8 kau datang oke" so kita ulang balik "jam 8 ye?". Dia pandang balik, angguk, terus jalan.

   Pusing punya pusing, dalam jam 5 lebih habis satu Segama tu kita tawaf, pergi la kat kete. Wahh mata rasa berpinar, dari pintu depan sampai belakang kena calar! Tercalar hati! Dan dengan lack of manner nya pakcik tadi datang maki hamun kita kenapa  tak datang jam 4. Kita pun macam "eh apahal plak pakcik cakap jam 8 kan". Tapi dia punya tak menahan kan mana nak ngaku salah. 
   Yes mungkin ada silap kita tak tau peraturan penjaja kat situ start meniaga jam 4 kat tempat parking, tapi DBKK pn sengal, what do u expect for a new people there like me? Dengan notice board yang memang tak guna tu, siapa tak sakit hati. Dan yang lebih penting, perbuatan tu memang tak patut sebab di kira khianat, dia tak boleh sewenangnya nak calarkan kete kita. So we head on to Balai Polis Karamunsing, tanya punya tanya, dia cakap boleh buat report tapi kalau tak dek orang mengaku, there's no use to make a police repot.

   Dia tambah lagi yang peniaga kat sana memang perangai agak gengster sebab kebanyakannya pendatang (biasanya Philippines), and tak kan ada yang nak jadi saksi bagitau siapa yang buat. Ok fine, kita geram memang geram, tapi takpe kita redha, di akhirat kelak dia akan tau jugak siapa yang lebih berkuasa. Dan calar tu makin menambah stress, dah polish tak pandai nak hilang, duit la jawabnya nak pi polish kat kedai, dengan budget ketat lagi sebab wed dah hampir tsk tsk. Redha lagi, ni lah nasib perantau. So nak tak nak, with hold la dulu citer ngan baby car oh pity u tsk tsk. 

   

  Gambar tak dek kena mengena dengan insiden di Segama, just lucky me parking betul-betul tak sampai divider tu haha, i guess dalam 1 inci je lagi kot. And  divider tu memang dah jadi macam tu sebelum kita parking kat sana lagi. Angan-angan kita masih lagi tinggi, owh ASX tunggu ur mummy oke haha!



   Tambah-tambah yang ni, woahh hati meronta-ronta oke haha. Amin Ya Allah, moga termakbul la harapan ni. Next entry kita citer apa yang di buat di Segama oke!